Apa itu Pejabat Maya (Virtual Office) ?

Pejabat Maya- Pilihan Mudah Memulakan Perniagaan dari Rumah

 

Apakah pejabat maya atau virtual office?

Pejabat maya merupakan pejabat atau pusat perniagaan yang boleh disewa secara maya atau dalam talian, dilengkapi dengan staf seperti penyambut tetamu atau kerani, ruang pertemuan seperti bilik mesyuarat dan bilik seminar. Pejabat maya juga biasanya dilengkapi talian tetap telefon, fax, emel dan sebagainya. Sama seperti pejabat fizikal yang anda lihat di merata-rata tempat.

Sebagai pemilik perniagaan, kita cuma menyewa alamat serta talian ruang maya ini bersama-sama kemudahan yang disediakan di dalamnya. Di mana-mana sahaja pusat perniagaan maya yang kita inginkan. Malah, kita boleh memiliki pusat perniagaan sendiri di Australia, Amerika, London dan sebagainya. Itu terpulang pada pilihan kita dan apakah perniagaan kita memerlukan alamat di tempat-tempat di luar negara ataupun tidak.

Kebaikan pejabat maya?

  1. Pemilik perniagaan tidak menanggung kos tetap (overhead) seperti gaji pekerja, sewaan ruang komersil yang tinggi dan sebagainya. Pemilik perniagaan mampu memiliki cawangan di merata tempat termasuk di luar negara.
  2. Hebahan tentang perniagaan lebih meluas seandainya perniagaan kita berada di kawasan-kawasan yang berprestij tinggi. Pelanggan juga lebih yakin seandainya alamat syarikat menggunakan alamat komersial berbanding alamat rumah.
  3. Komunikasi di antara pelanggan lebih pantas kerana pejabat maya biasanya dilengkapi semua kemudahan seperti penyambut tetamu, telefon, faks dan sebagainya.
  4. Sesuai bagi perniagaan yang kurang memerlukan ruang penyimpanan seperti pakaian, makanan dan sebagainya perniagaan perundingan seperti penterjemahan, agensi-agensi, pengajaran home tuition, perundingan kewangan dan lain-lain lagi.
  5. Tidak perlu lagi mendedahkan alamat rumah sendiri dan anda ada lebih privasi serta tidak diganggu pelanggan yang datang atau menghantar surat ke rumah.

Berminat untuk Menyewa Pejabat Maya..sila layari…
Adhartanah – Virtual Office/Pejabat Maya untuk Disewa

About Mohd Shahril Abu Bakar 4 Articles
I am specialist Project Marketing in Rescom Realty agency. Nowadays Rescom have many different type of New Properties in Kajang and Bangi Area . Subsale Property for rent and sale also in my hand. Ready for further interaction with all Property fan. Just Call/SMS/Whatsaap me anytime and anywhere. Waiting for wonderful experience from any potential purchaser or vendor.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.