Bagaimana menentukan kadar sewa yang berpatutan untuk rumah sewa anda?

Kebanyakkan pelabur membeli hartanah sama ada untuk disewakan atau untuk dijual semula. Atau dalam bahasa teknikalnya mahu mendapatkan aliran tunai(cash flow) atau pun peningkatan topsyturvysoftplay.com harga semasa(capital appreciation).

Bagi pelabur yang menumpukan kepada penyewaan hartanah atau mendapatkan aliran tunai, kadar sewa merupakan indikator yang sering dilihat untuk menentukan pelaburan yang dilakukan agak berbaloi atau tidak.

Penentuan kadar sewa sebelum hartanah diiklankan merupakan faktor utama yang harus dipertimbangkan. Berikut sedikit tips yang dikongsikan di dalam blog GilaHartanah bagaimana menentukan kadar sewa agar pelaburan kita lakukan agak berbaloi dan juga menambah nilai hartanah tersebut:

1. Tingkatkan Penampilan Sekeliling Rumah Anda terutama bahagian hadapan rumah anda
– sentiasa pastikan kebersihan dan keadaan semasa rumah sentiasa kemas dan bersih
– Mengikut kajian, seseorang mengambil masa selama 7 saat untuk membuat keputusan membeli, maka pastikan 7 saat ini dimanfaatkan dengan betul oleh tuan rumah dengan menampilkan rumahnya dalam keadaan kemas dan bersih
– Antara perkara yang boleh dilakukan seperti memotong rumput, membersihkan lantai, memasang langsir dan sebagainya
– Kita tiada masa untuk melakukan sesuatu berimpak tinggi tetapi sekadar pastikan keadaan rumah dalam keadaan yang baik

2. Sentiasa memastikan iklan yang dihasilkan berkualiti
– Sekarang ada dua medium pengiklanan yang sering digunakan untuk membuat iklan hartanah sama ada secara offline atau pun online
– Bagi pengiklanan online, sentiasa pastikan anda laburkan masa, tenaga dan duit untuk membuat iklan yang berkualiti supaya hartanah yang diiklankan nampak menarik dan presentable
– Anggapan yang salah adalah dengan hanya sekadar meletak banner/papan tanda ‘rumah untuk disewa’ di churchsoftwareguide.net hadapan rumah dan orang akan hubungi anda nanti
– Sentiasa gunakan kamera yang canggih untuk menangkap gambar berbanding menggunakan kamera yang ada pada telefon bimbit kerana terdapat perbezaan dari segi kualiti
– Salah satu tips yang sentiasa saya amalkan adalah dengan menangkap gambar rumah dalam keadaan 30 darjah berbanding gambar hadapan secara terus kerana ia akan menampakkan kawasan rumah nampak lebih luas

3. Pastikan Pencahayaan dan Bau di dalam rumah terjaga
– Sentiasa pastikan pencahayaan yang baik dan aroma yang menawan untuk hartanah anda
– Rumah yang tidak mempunyai pencahayaan yang baik akan menampakkan saiz rumah itu agak kecil dan tetamu rasa seperti tidak dialu-alukan kedatangan mereka
– Rumah yang mempunyai aroma yang menawan akan membuatkan bakal penyewa teringat akan hartanah anda kerana deria bau amat berkait rapat dengan memori, maka bau yang menawan menawan dapat mengingatkan bakal penyewa dengan hartanah anda

4. Cara Penerangan Rumah yang disukai oleh bakal penyewa tanpa ada sebarang paksaan
– Ketika penyewa datang, sentiasa pastikan kita memberi layanan yang baik untuk mereka
– Antara tip yang boleh dilakukan:
1. Bina hubungan dengan prospek (build rapport),
2. Gunakan ayat yang boleh cangkuk (hook) minat prospek untuk membeli,
3. Amalkan sikap give-and-take dengan bakal pembeli.
– Kebarangkalian bakal penyewa untuk menyewa hartanah anda adalah tinggi sekiranya anda mengamalkan 3 tips ini dan bakal penyewa tidak tertekan dengan desakan anda sebagai pemilik hartanah
– Dengan mengamalkan tip ini juga dapat mengelakkan diri anda dilabel sebagai tuan rumah yang terdesak

5. Strategi Power untuk menentukan kadar sewa yang tinggi
– Salah satu indikator yang sering digunakan juga dalam menentukan kadar sewa adalah dengan melihat occupancy rate atau berapa ramai penduduk di kawasan sekitar. Jika kadar kepadatan penduduk antara 90-95%, ia menunjukkan hartanah itu mempunyai permintaan yang tinggi terutamanya rumah jenis flat/apartment.
– Ia digunakan untuk menentukan kawasan hartanah kita mempunyai permintaan yang tinggi untuk sewaan atau tidak
– Satu perkara lagi kadar sewaan hendaklah diletak tinggi supaya bakal penyewa dapat melakukan proses runding cara untuk menurunkan kadar sewa yang diletakkan
– Sebaliknya, jika kita meletakkan kadar sewa yang rendah tetapi ingin menyewakan pada kadar yang tinggi, sudah semestinya bakal penyewa akan mencari hartanah lain dengan kadar sewa yang berpatutan.

Akhir kata, harap tip ini dapat membantu anda untuk menentukan kadar sewa yang sesuai dan menepati objektif anda sebagai pelabur hartanah.

About Anuar Mohamed Ali 3 Articles
Anda Perlu Ejen Hartanah Berdaftar ? Sekiranya anda mencari ejen hartanah bagi urusan jual sewa rumah di Lembah Klang, sila hubungi Anuar Hartanah4u2c di talian 0133505399 Call/WhatApps/Telegram atau layari www[a]hartanah4u2c[a]net Ejen hartanah Bumiputera Bumiputra Melayu Muslim

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.