Deposit Pembelian Rumah

Deposit Pembelian Rumah

 

1) Deposit 10 %

Kenapa perlu sediakan 10%?
Secara mudahnya, 10% deposit diperlukan memandangkan bank hanya memberi pinjaman 90% dari harga rumah. Deposit 10% juga merupakan satu komitmen kepada pembeli agar tidak menarik diri sewenangnya selepas perjanjian jualbeli ditandatanagani kerana akan menyusahkan banyak pihak.

Bolehkah saya membayar deposit kurang daripada 10%?
Boleh di atas PERSETUJUAN vendor/penjual. Namun dinasihatkan supaya menyediakan deposit 10% bagi melancarkan proses jual beli. Kadangkala pihak vendor memerlukan sedikit duit hasil jualan rumah mereka. Sekiranya hendak menunggu keuntungan keseluruhan, proses pindahmilik memakan masa yang agak lama iaitu sekitar 3-6 bulan (atau mungkin lebih).

Saya kakitangan kerajaan, pinjaman saya dapat 100%. Boleh saya beli rumah tanpa deposit?
Tidak. Sekurang-kuragnya anda mesti memngeluarkan deposit walaupun sedikit. Kesemuanya di atas PERSETUJUAN vendor. Sekiranya vendor berkeras inginkan 10%, anda tiada pilihan. Wang deposit yang dikeluarkan akan dapat semula selepas selesai proses pindah milik kelak.

2) KWSP/EPF

Bolehkah saya menggunakan EPF utuk membayar deposit 10%?
Boleh, tapi tidak untuk keseluruhan 10%. Anda harus mengeluarkan sekurang-kurangnya 5% dan selebihnya menggunakan EPF. Penggunaan EPF sebagai deposit juga WAJIB mendapat PERSETUJUAN dari pihak vendor kerana kadangkala proses pengeluaran wang dari akaun EPF mengambil masa yang agak lama.

3) Rumah atas pemaju

Adakah pembelian rumah dengan pemaju memerlukan deposit 10%?
Tidak semestinya. Pembelian rumah melalui pemaju, berbeza mengikut pakej pemaju itu sendiri. Kebiasaannya anda perlu membayar kurang dari 10% malah anda juga boleh mendapat diskaun yang lebih bayak sekiranya anda membeli unit-unit terawal. Begitu juga dengan bayarn guaman yang kebiasaannya percuma. Deposit yang rendah merupakan satu kelebihan pembelian melalui pemaju. Namun, anda perlu menunggu 2-3 tahun lagi untuk menduduki rumah tersebut. Berikut disertakan beberapa contoh pakej yang biasa ditawarkan oleh pemaju.

Contoh Deposit Pemaju A:
Harga Rumah RM518,000. Freehold International. Teres 2 tingkat.
Terdapat diskaun 7% untuk bumiputera. Percuma yuran guaman.

Deposit yang diperlukan sehingga tandatangan S&P: Hanya 3% (RM15,540) sahaja daripada harga beli kerana 90% lagi sudah dibiayai oleh pinjaman dan 7% diskaun untuk Bumiputera.

Contoh Deposit Pemaju B:
Harga Rumah RM218,000. Leasehold. Apartmen.
Terdapat diskaun 7% untuk bumiputera. Percuma yuran guaman dan 1 tahun maintenance percuma.
Harga selepas diskaun 7% = RM202,740.

Deposit yang diperlukan sehingga tandatangan S&P: 10% (RM 20,274) daripada harga selepas diskaun bumiputera.

Semoga bermanfaat. Lihat juga Tips membayar deposit dengan selamat (PENTING)

About Mohd Faiz Ellias 11 Articles
Perunding / Ejen Hartanah Senior Berdaftar (REN 04003) di True Vest Property Consultant Sdn Bhd [VE(1) 0249]. Sedia membantu anda dalam urusan Jual beli / sewaan hartanah di Bangi, Kajang, Semenyih, Cheras dan kawasan sekitar. Urusan pinjaman serta guaman turut disediakan. Hubungi Faiz 013-308 3063 segera untuk khidmat nasihat berkenaan hartanah secara PERCUMA!!

2 Comments

  1. Sya nak beli rmh buat pertama kali. Bila sya kaji dan search di internet kata harga dia mungkin begini, tapi bila jumpa ngan pemaju sendiri harga dia begitu. Sbb hari tu sya ada berbincang dgn lawyer yg mmg uruskan sbuah kwsn prumahan nie. Harga rmh tu 175k and lawyer tu kata bayar muka rmh tu 100k. So boleh sya tanya mengapa blh jadi begini, harap dpt bantu✌

  2. Assalamualaikum Tuan,
    Saya ada satu kemusykilan tentang deposit beli rumah. Saya owner rumah. Baru ni dah siap ada buat pindahmilik dari pemaju kepada nama saya. Jadi adakah pembeli perlu bayar deposit 10% kepada saya slps dpt title ni? Utk makluman pembeli nak kluarkan duit kwsp tetapi perlu Snp(dah sign) dan geran yg dah pindahmilik ni? Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.