Hartanah Sebagai Pelaburan

Kenapa anda perlu memilih hartanah sebagai portfolio pelaburan anda?

1) Kestabilan Harga
Hartanah merupakan aset yang mempunyai kestabilan dari segi nilai. Malah, nilai hartanah akan terus meningkat saban tahun. Berbanding kereta, nilainya semakin susut. Namun, trend anak muda lebih cenderung memiliki kereta mewah berbanding memiliki sebuah kondominium.

2) Sumber Pendapatan Pasif
Rumah yang dibeli dan disewakan boleh menjana pendapatan pasif sekiranya kadar sewaan melebihi kadar bayaran pinjaman.
Teknik sublet antara teknik yang boleh menjana pendapatan/keuntungan yang lebih besar.

3) Kadar Keuntungan yang Tinggi (Hasil Jualan)
Secara purata kadar kenaikan harga rumah dalam tempoh 5 tahun di Malaysia adalah sebanyak 28.5%. Bayangkan sendainya anda membeli rumah berharga RM250,000 dalam tempoh 5 tahun anda dapat menjana sebanyak RM70,000. Namun kadar kenaikan ini juga bergantung kepada faktor tertentu. Boleh rujuk Faktor Pemilihan Hartanah

4) Kadar Pinjaman yang Menjangkau 90%
Modal pelaburan hartanah ini agak rendah iaitu 10-12% daripada harga pembelian. Jika anda membeli unit dari pemaju, mungkin kos entri lebih rendah. Selebihnya, anda boleh dapatkan pinjaman daripada pihak bank sehingga 90%. Bagi penjawat awan, mereka lebih beruntung kerana mendapat kapasiti pinjaman sebanyak 100%.

5) Boleh dijadikan cagaran
Hartanah boleh dijadikan cagaran senandainya anda ingin membuat sebarang pinjaman lain.

About Mohd Mazani Tugimen 4 Articles
Trust and Honesty is my principle in life & working with customers. Please feel free to meet me for friendship. Owner welcome to list your property.Contact me for further information all about properties..thanks

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.