Kelebihan Lantikan secara Eksklusif

Seandainya anda melantik ejen hartanah berdaftar untuk menjual rumah atau hartanah anda, anda akan diminta mengisi borang lantikan (letter of appointment) atau authorization to sell/rent. Borang ini adalah sebagai bahan bukti anda melantik ejen tersebut seandainya berlaku salah faham atau kekeliruan di masa akan datang. Borang lantikan ini biasanya mengandungi maklumat hartanah, harga jualan serta jenis lantikan. Terdapat beberapa jenis lantikan:

  1. Eksklusif – Hanya Ejen Hartanah Berdaftar yang boleh menguruskan jualan. Seandainya vendor mempunyai pembeli, perlu diserahkan kepada ejen unuk urusan jualbeli. Tempoh biasa lantikan eksklusif ini 3 bulan atau 6 bulan dengan pilihan untuk lanjutan tempoh.
  2. Sole – Vendor melantik seorang ejen hartanah, tetapi vendor masih mepunyai hak untuk menguruskan jualan hartanah tersebut sendiri
  3. Adhoc/General – Owner melantik lebih dari seorang ejen untuk menguruskan jualan dan fee hanya dibayar kepada ejen yang berjaya menguruskan jualan rumah tersebut.

Kelebihan Lantikan Secara Eksklusif: 

 

  • Harga – Boleh kawal harga. Dengan hanya seorang ejen eksklusif, beliau akan runding harga setiap kali berjumpa pembeli yang serius. Seandainya anda melantik ramai ejen, sesetengah mereka meletak harga yang rendah kemudian mendesak vendor supaya bersetuju dengan harga yang telah ditawarkan. Sebagai contoh, sekiranya anda melihat sesuatu hartanah dengan banner yang banyak tergantung pastinya harga yang ditawarkan berbeza-beza. Sebaliknya, jika hanya terdapat satu banner, urusan pembeli lebih mudah serta proses rundingan adalah telus. Situasi lain, jika terdapat saudara mara atau jiran tetangga yang ingin membeli dengan anda secara terus, sudah pasti mereka akan menawarkan harga terendah. Jika anda sudah melantik ejen eksklusif, biar sahaja ejen tersebut berunding dengan kenalan anda tersebut.
  • Jimat Masa – Hanya berhubung & follow up dengan seorang ejen serta proses jual beli rumah lebih lancar. Ejen eksklusif boleh berkogsi Listing bersama ejen lain (dikenali sebagai co-broking) untuk memastikan sesuatu hartanah itu dapat dijual dengan cepat.
  • Iklan – Dengan lantikan secara eksklusif, ejen tidak akan teragak-agak untuk mengeluarkan modal untuk medium pengiklanan yang berbayar (online, surat khabar, majalah) yang dapat menarik lebih ramai pembeli berbanding lantikan secara adhoc/general, ejen lebih cenderung untuk meletakkan iklan di dalam website percuma, forum-forum dan sebagainya.
  • Update – Dengan lantikan ejen eksklusif, anda boleh mendapatkan update seperti:
    1. Medium pengiklanan yang digunakan?
    2. Berapa banyak panggilan diterima oleh bakal pembeli
    3. Berapa ramai yang datang viewing
    4. Maklumbalas dari bakal pembeli selepas viewing
  • Pendedahan
    1. Rangkaian Sesama agensi
    2. Rangkaian REN (Muslim Group Negotiator, Persatuan Perunding Hartanah Muslim dll)

Walaubagaimanapun, lantikan secara eksklusif tidak menjamin rumah anda akan dijual dalam tempoh tertentu. Namun, ia jalan terbaik bagi untuk anda memastikan proses jual beli hartanah/rumah anda berjalan dengan lancar. Kita hanya merancang, Allah yang menentukan. Anda juga boleh mencuba beberapa Tips Jual Rumah. Semoga bermanfaat.

About Mohd Faiz Ellias 11 Articles
Perunding / Ejen Hartanah Senior Berdaftar (REN 04003) di True Vest Property Consultant Sdn Bhd [VE(1) 0249]. Sedia membantu anda dalam urusan Jual beli / sewaan hartanah di Bangi, Kajang, Semenyih, Cheras dan kawasan sekitar. Urusan pinjaman serta guaman turut disediakan. Hubungi Faiz 013-308 3063 segera untuk khidmat nasihat berkenaan hartanah secara PERCUMA!!

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.