Kenalpasti Harga Pasaran

Kenalpasti Harga Pasaran Hartanah Anda!!

 

Sebelum hartanah dijualbeli, adalah penting untuk pihak penjual mahupun pembeli untuk mengetahui harga pasaran. Harga pasaran penting bagi mengelakkan berlakunya kesukaran semasa proses pindah milik kelak.

Sudah menjadi kebiasaan penjual untuk merujuk harga semasa di laman web hartanah seperti Mudah, Iproperty, Propertyguru dan sebagainya. Walaubagaimanapun harga yang di iklankan terlalu ‘jauh’ berbanding harga pasaran. Terdapat sesetengah penjual pula tidak merujuk mana-mana sumber dan meletakkan harga rumah terlalu tinggi. Tanpa disedari, harga yang terlalu tinggi ini pula menjadi rujukan kepada penjual yang lain. Jika anda bernasib baik, terdapat beberapa iklan rumah atau hartanah di dalam taman atau kawasan yang sama. Jadi, anda boleh membuat perbandingan harga dan meletakkan harga terbaik.

Sebenarnya, anda boleh mengenalpasti harga pasaran dengan mudah dan terkini. Hanya rujuk kepada mana-mana ejen hartanah berdaftar, penilai harta tanah mahupun pegawai bank berdekatan.
1) Alamat penuh
2) Jenis Hartanah (Cth: Teres 2 tingkat, Semi-D 3 Tingkat, Tanah Pertanian, Apartment, Bungalow dll.)
2) Keluasan (Tanah & Binaan)
3) Jumlah Bilik dan Bilik Air
4) Kos Ubahsuai (Jika ada) – Nyatakan juga jenis ubahsuai yang dilakukan
5) Salinan geran Lengkap (untuk semakan harga Tanah)

Kenapa harga pasaran ini penting?

Situasi 1

En Mohd ingin menjual rumah teres 2 tingkat di Bandar Baru Bangi dengan harga RM500,000. Harga pasaran hanya RM450,000. Seandainya En Mohd berkeras ingin menjual rumahnya dengan harga RM500,000, pembeli yang layak adalah:
1) Mempunyai tunai 10% (untuk Deposit), tunai untuk bayaran guaman & tunai RM50,000 untuk menambah (top up) lebihan dari harga pasaran. Situasi ini berlaku kerana pihak bank hanya boleh memberi pinjaman sebanyak 90% dari harga pasaran.
2) Pembeli yang mempunyai 100% cash.

En Mohd mungkin akan mendapat kesukaran untuk mendapatkan pembeli memandangkan pembeli yang layak perlu mengeluarkan duit tunai yang banyak. En Mohd juga mungkin perlu menunggu untuk tempoh yang lama bagi pendapatkan pembeli. Seandainya bernasib baik, rumah yang hendak dijual berada di dalam kawasan yang ‘panas’ mungkin tidak sukar untuk mendapatkan pembeli yang ‘berduit’. Bayangkan jika anda meletakkan harga rumah yang melebihi harga pasaran sedangkan rumah anda berada di dalam kawasan yang ‘sejuk’, sudah pasti anda perlu menunggu lebih lama.

Situasi 2

Pn Farah ingin menjual rumah apartment kos sederhana beliau di Cheras. Setelah dengan mendapat nasihat dari perunding Hartanah, beliau bersetuju untuk menjual rumah tersebut pada harga pasaran iaitu RM250,000. Pn Farah sudah pasti mudah mendapat pembeli memandangkan harga rumah pada haga pasaran. Pembeli hanya perlu mengeluarkan 10% deposit serta yuran guaman untuk pembelian rumah ini. Walaupun begitu, seandainya rumah yang hendak dijual berada dalam kawasan yang ‘sejuk’ dan mempunyai kerosakan yang agak teruk anda mungkin perlu menjual di bawah sedikit dari harga pasaran untuk mendapatkan pembeli.

About Mohd Faiz Ellias 11 Articles
Perunding / Ejen Hartanah Senior Berdaftar (REN 04003) di True Vest Property Consultant Sdn Bhd [VE(1) 0249]. Sedia membantu anda dalam urusan Jual beli / sewaan hartanah di Bangi, Kajang, Semenyih, Cheras dan kawasan sekitar. Urusan pinjaman serta guaman turut disediakan. Hubungi Faiz 013-308 3063 segera untuk khidmat nasihat berkenaan hartanah secara PERCUMA!!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.