Pengeluaran EPF (KWSP) dalam Pembelian Rumah

 

Maklumat dan Dokumen yang Diperlukan untuk Pengeluaran EPF (KWSP) Selepas Pembelian Rumah

Pengeluaran EPF membolehkan pemegang akaun mengeluarkan akaun simpanan 2 untuk membiayai pembelian sebuah rumah. Pegeluaran untuk membeli rumah kedua dibenarkan setelah rumah pertama dijual atau berlaku perlupusan pemilikan.

Kelayakan Memohon

  • Warganegara Malaysia
  • Bukan Warganegara Malaysia yang menjadi ahli sebelum 1 Ogos 1998, atau yg mendapat taraf penduduk tetap.
  • Ahli yang belum mencapai umur 55 tahun pada tarikh pemohonan diterima KWSP
  • Ahli yang mempunyai simpanan sekurang-kurangnya RM 500 di dalam Akaun 2.

Amaun Yang Layak Dikeluarkan

  • Pembelian Rumah Milik Individu

Amaun Perbezaan antara harga rumah dan jumlah pinjaman dan tambahan 10% dari Harga rumah.
ATAU
Semua Simpanan dalam Akaun 2
(mengikut mana yang lebih rendah tidak kurang dari RM 500.00)

  • Pembelian Bersama Suami Isteri, Keluarga Terdekat, Hubungan Lain

Amaun Perbezaan antara harga rumah dan jumlah pinjaman dan tambahan 10% dari Harga rumah ATAU Semua Simpanan dalam Akaun 2 masing-masing (mengikut mana yang lebih rendah tidak kurang dari RM 500.00)

  • Pinjaman Perumahan 100%.

10% dari Harga rumah ATAU Semua Simpanan dalam Akaun 2 (mengikut mana yang lebih rendah tidak kurang dari RM 500.00)

  • Pembelian Tanpa Pinjaman/Tunai

Harga rumah dengan tambahan 10% dari harga rumah ATAU Semua Simpanan dalam Akaun 2 (mengikut mana yang lebih rendah tidak kurang dari RM 500.00)

Dokumen yang Diperlukan

Dokumen Utama

Borang Pengeluaran KWSP 9C(AHL)(D5).
Salinan Kad Pengenalan /MyKad, Kad Pengenalan Permastautin Tetap.
Salinan Kad Pengenalan Polis/Tentera dan Surat Pengesahan Majikan yang menyatakan no Polis/Tentera.

Dokumen Sokongan

  • Beli Rumah dengan Pemaju

Surat Perjanjian Jual Beli (Tarikh Perjanjian tidak melebihi 3 tahun dari Tarikh Pemohonan).
Surat Kelulusan Pinjaman (Tarikh kelulusan Pinjaman kurang dari setahun dari tarikh pemohonan).
Surat Pengesahan Pemaju (Developer Confirmation)
Bukti Bayaran tidak kurang dari 20% dari harga rumah
Sijil arkitek atau sijil layak menduduki CF
Bukti Pertalian (Sijil Perkahwinan atau Sijil Kelahiran) jika Pembelian Bersama.

  • Beli Rumah secara Pakej (Rumah dan Tanah

Surat Perjanjian Bina Rumah (Tarikh Perjanjian tidak melebihi 3 tahun dari Tarikh Pemohonan)
Surat Perjanjian Jual Beli Tanah (Tarikh Perjanjian tidak melebihi 6 Bulan dari Tarikh Surat Perjanjian Bina Rumah )
Surat Kelulusan Pinjaman (Tarikh kelulusan Pinjaman kurang dari setahun dari tarikh pemohonan)
Surat Hakmilik Tanah atas nama Pembeli/Pemilik Tanah
Surat Pengesahan Pemaju (Developer Confirmation)
Surat Wakil Kuasa (Power of Attorney) yang telah didaftarkan di mahkamah (Jika ada)
Bukti Bayaran tidak kurang dari 20% dari harga rumah
Sijil arkitek atau sijil layak menduduki CF
Bukti Pertalian (Sijil Perkahwinan atau Sijil Kelahiran) jika Pembelian Bersama.

  • Beli Rumah Daripada Individu (Surat Hakmilik Telah Dikeluarkan)

Surat Perjanjian Bina Rumah (Tarikh Perjanjian tidak melebihi 3 tahun dari Tarikh Pemohonan)
Surat Hakmilik atas nama Penjual
Surat Hakmilik atas nama Pembeli
Surat Kelulusan Pinjaman (Tarikh kelulusan Pinjaman kurang dari setahun dari tarikh pemohonan)
Surat Hakmilik atas nama ahli
Surat Kebenaran Pindah Milik dari Pejabat Tanah/Pihak Berkuasa Tempatan (Consent) jika terdapat sekatan pada hartanah tersebut.
Surat Pengesahan Belian Tunai daripada Peguam (Jika hartanah tersebut dibeli secara tunai)
Bukti Bayaran tidak kurang dari 20% dari harga rumah
Sijil arkitek atau sijil layak menduduki CF
Bukti Pertalian (Sijil Perkahwinan atau Sijil Kelahiran) jika Pembelian Bersama.

  • Beli Rumah Daripada Individu (Surat Hakmilik Belum Dikeluarkan)

Surat Perjanjian Bina Rumah (Tarikh Perjanjian tidak melebihi 3 tahun dari Tarikh Pemohonan)
Surat Pengesahan Pemaju (Developer Confirmation)
Surat Kelulusan Pinjaman (Tarikh kelulusan Pinjaman kurang dari setahun dari tarikh pemohonan)
Surat Ikatan Serahak yang sempurna atas nama ahli

About Mohd Shahril Abu Bakar 4 Articles
I am specialist Project Marketing in Rescom Realty agency. Nowadays Rescom have many different type of New Properties in Kajang and Bangi Area . Subsale Property for rent and sale also in my hand. Ready for further interaction with all Property fan. Just Call/SMS/Whatsaap me anytime and anywhere. Waiting for wonderful experience from any potential purchaser or vendor.

1 Trackback / Pingback

  1. PENGELUARAN EPF (KWSP) DALAM PEMBELIAN RUMAH | CoachHartanah.com

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.