Proses Jual Beli Rumah Di Malaysia

Ketahui Proses Jual Beli Rumah / Hartanah

 

 

Hartanah adalah antara keperluan manusia yang terpenting atau lebih jelas lagi ia dipanggil sebagai tempat tinggal. Walau bagaimanapun, terdapat proses yang perlu difahami oleh bukan sahaja pembeli malah juga penjual sebelum setiap urusniaga itu dapat dijalankan. Salah satu tugas perunding hartanah adalah untuk menerangkan segala proses jual beli rumah / hartanah untuk rujukan pembaca di masa hadapan.

Progress

  1. Proses yang pertama bermula apabila pembeli telah bersetuju untuk sebuah rumah misalannya, langkah yang pertama adalah dengan “booking” sebanyak 2% – 3% daripada harga rumah. Dalam masa yang sama, pembeli hendaklah mengemukakan segala dokumen yang diperlukan untuk proses permohonan pinjaman supaya segala proses dapat dipercepatkan. Pembayaran kebiasaanya akan dibuat kepada agen yang menguruskan urusan jual beli ini ataupun pemilik sendiri. Jika bayaran dibuat kepada agen, maka bayaran akan didepositkan ke akaun agensi sebagai pemegang amanah (ataupun Stakeholder). Jika bayaran dibuat kepada pemilik, sila pastikan bayaran dibuat di atas nama peguam yang menguruskan jual beli bagi mengelakkan kes yang tidak diingini. Resit ataupun dokumen penerimaan bayaran akan dikeluarkan kepada pembeli sebagai bukti penerimaan bayaran. Selepas itu, segala dokumen pembeli dan penjual akan dihantar kepada peguam dan pegawai bank yang menguruskan proses jual beli ini.  Peguam ini juga akan menyediakan perjanjian pinjaman dan juga perjanjian jual beli. Kebiasaannya, pihak peguam akan mengambil masa selama 14 atau 21 hari waktu berkerja untuk menyediakan perjanjian jual beli. Bagi urusan pinjaman, pihak bank akan mengambil masa selama 5 hari untuk menentukan sama ada pembeli layak mendapat kemudahan pinjaman atau pun tidak. Sekiranya permohonan pinjaman pembeli lulus dengan jayanya, peguam juga akan menasihatkan pembeli supaya menandatangani perjanjian jual beli dan perjanjian pinjaman dalam masa yang sama. Semasa menandatangani perjanjian ini, pembeli juga dikehendaki membayar 7% daripada harga hartanah sebagai deposit.
  2. Jika hartanah itu berstatus pegangan sementara (leasehold) atau mempunyai sekatan, penambahan masa diperlukan dalam 1-2 bulan disebabkan peguam perlu memohon kebenaran (consent) daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) atau pejabat tanah untuk meneruskan proses jual beli ini.
  3. Dalam masa 3 bulan, pihak bank dan peguam hendaklah memastikan segala urusan pembayaran kepada pemilik hendaklah dibuat iaitu sebanyak 90% daripada harga rumah dan seterusnya pemilik boleh menyerahkan kunci kepada pembeli sebagai pemilik baru. Tetapi ada juga kes di mana urusan pembayaran 90% lebih daripada 3 bulan, maka pihak pemilik akan mengenakan caj sebanyak 8% selama sebulan yang kira secara hari (grace period). Jika pihak pembeli masih gagal melunaskan hutang 90% itu, maka pemilik mempunyai hak untuk membatalkan transaksi dan mengambil deposit 10% yang telah dibayar. Sekiranya pemilik masih mempunyai hutang di atas pembelian hartanah ini, maka peguam pembeli akan membuat bayaran sebanyak dua kali iaitu pertama kepada bank pemilik atas hutang yang tinggal (discharge of charge) dan selebihnya kepada pemilik. Tatkala pemilik menerima baki pembayaran itu maka dia hendaklah menyerahkan kunci kepada pembeli sebagai pemilik baru.

Sebagai kesimpulannya, proses jual beli rumah sememangnya agak rumit dan mengambil tempoh yang agak lama. Jadi, pihak pembeli mahupun penjual perlu memahami proses ini dan memberi kerjasama terutama kepada pihak peguam, ejen mahupun bank bagi memastikan proses jual beli rumah atau hartanah ini berjalan lancar.

About Mohd Shahril Abu Bakar 4 Articles
I am specialist Project Marketing in Rescom Realty agency. Nowadays Rescom have many different type of New Properties in Kajang and Bangi Area . Subsale Property for rent and sale also in my hand. Ready for further interaction with all Property fan. Just Call/SMS/Whatsaap me anytime and anywhere. Waiting for wonderful experience from any potential purchaser or vendor.

19 Comments

  1. Salam Tuan,

    Saya ada persoalan dan pertanyaan, di dalam urusan jual beli tanah adakah perlu bagi setiap penjualan hartanah tersebut memerlukan pihak yang mewakilkan bagi urusan antara pihak penjual dan pembeli serta pihak guaman yang menguruskan urusan tersebut. mohon pencerahan. Terima kasih.

  2. yes. setiap proses penjuala jual beli memerlukan peguam yang berperanan untuk menyediakan salinan perjanjian jual beli untuk ditandatangani oleh pihak penjual dan pembeli serta untuk menguruskan proses2 lain seperti kebenaran memindahmilik, penyata tebus hutang dll.

    boleh menggunakan khidmat sy kerana sy merupakan peguam hartanah. my email : stay_buddy@yahoo.com

  3. Salam Tuan,

    Soalan saya, akhir feb ni jenap 5 bulan urusan jual rumah saya tpi hingga kini pihak pembeli belum membayar baki 90%. Masalah sekarang kami gunakan 1 lawyer yang sama dan lawyer lebih berpihak kepada pembeli. Soalan saya apakah tindakan yang boleh saya ambil sekiranya hingga akhir feb ni pihak pembeli masih gagal membuat baki bayaran. Terima Kasih

  4. Hi nak tanya…
    Kalau contohnya saya nak jual rumah lama saya yang mana saya hanya ada geran lama sahaja dan saya mendapat tahu bahawa geran baru telah dikeluarkan oleh pejabat cukai tanah..jadi boleh saya berurusan dengan peguam pembeli hanya dengan salinan geran asal ???
    Ataupun boleh proses jual beli diteruskan denagan peguam pembeli dan pembeli memohon geran baru di pejabat cukai tanah kelak???

  5. Salam sejahtera,

    Nak tanya sikit. Rumah pakcik saya under leasehold. Pakcik saya ada 3 orang anak tapi rumah itu dibawah nama pakcik, makcik dan anak bongsu mereka. Baru-baru ini pakcik saya ada buat penamaan dalam geran itu dimana selepas dia dan makcik, bahagian mereka akan diturunkan kepada 2 orang anak yang lain. Soalan saya sekarang, geran rumah itu kena diperbaharui sebelum 2017. Anak bongsu enggan menandatangani geran itu disebabkan masalah adik-beradik. Pakcik saya bimbang rumah itu diambil oleh Kerajaan jika tiada tanda tangan dari anak bongsu. Jadi, dia bercadang nak jual rumah itu dan beri bahagian masing-masing kepada 3 orang anak itu. Tolong nasihat tuan/puan.

  6. Saya ingin menjual rumah arwah ayah saya. Pd ketika yg sama saya sudah membuat permohonan utk mendapatkan geran. Namun proses utk mendapatkan geran sedang berjalan. Bolehkah saya mula advertise rumah tersebut utk penjualan atau saya perlu tunggu sehingga geran rumah tersebut diperolehi.

    Terimakasih

    • Tunggu semua urusan pindahmilik/geran selesai baru boleh jual.
      Kalau nak cari potential/advertise boleh je simpan database, tapi jangan ambil sebarang booking. Follow up selepas urusan geran selesai.

    • Agen memerlukan s&P dan Geran adalah untuk memudahkan urusan jual beli dimana dokumen tersebut diperlukan sebagai refferral doc untuk detail rumah yang ingin dijual

  7. Salam tuam.
    Saya ingin bertanya.sekiramya saya ada saudara dan dia ingin menjual rumahnya dengan bantuan saya.saya bukanlah ejen hartanah tetapi jika saya dapat mencari buyer,apakah proses yang perlu saya lakukan?
    Berdasarkan pemerhatian saya,saya memerlukan peguam untuk mmbantu urusan jual beli saudara saya.betul ke tuan?jadi saya x oerlu cari ejen ?

    • Salam Sejahtera. Tidak sama memandangkan pinjaman perumahan kerajaan hanya boleh dipohon setelah S&P ditadatangani. Jadi Pembeli perlu memastikan kelayakan terlebih dahulu sebelum membeli rumah dan menandatangani S&P.

  8. Salam sejahtera.
    Saya ingin bertanya mengenai duti setem yang dikenakan ke atas pinjaman perumahan kerajaan.
    Saya berhasrat untuk membeli sebuah rumah secondhad berharga RM180,000.00. Dan ini merupakan rumah pertama bagi saya.
    Persoalan saya:-
    1. Adakah duti setem yang dikenakan bagi Perjanjian Jual Beli (S&P Agreement) akan dikenakan 100% iaitu RM2,600 atau hanya 50% iaitu RM1,300.
    2. Adakah duti setem bagi Perjanjian Pinjaman adalah percuma atau saya perlu membayar RM900.
    3. Sekiranya ada, bagaimana caranya untuk mendapatkan Diskaun 50% bagi duti setem S&P agreement dan pengecualian duti setem bagi perjanjian pinjaman tersebut?
    4. Berapakah jumlah disbursement fee yang akan dikenakan?
    Terima kasih.

  9. Adakah anda bosan dengan mendapatkan pinjaman dan gadai janji dari bank? Adakah anda pernah ditolak terus-menerus oleh bank-bank dan institusi kewangan lain kerana kredit yang buruk? Yang hendak engkau kehilangan rumah anda kerana masalah kewangan? Pinjaman Kewangan Pelaburan di sini untuk membebaskan anda dari hutang. Untuk maklumat lanjut sila e-mel semula atau hubungi kami hari ini: (rolandjohn396@yahoo.com)

  10. Salam sejahtera …saya ada beberapa persoalan berkaitan dengan get an rumah
    1.macam mana dengan masalah tersilap hantar geran ke pejabat tanah yang tak sepatutnya …dan geran itu hilang.
    2.Berapa lama masa yang diambil untuk memohon geran baru?
    3.Siapakah yang bertanggung jawab menguruskan permohonan geran baru …adakah lawyer penjual @ lawyer pembeli?

  11. Assalamualaikum
    pak saya buat proses penjualan rumah,nak masuk angka setahun dah
    lowyer tu kata duit masih di putrajaya
    apa yang lambat sangat?
    kami memerlukan duit untuk hidup,mohon tinggalkan respon/jawapan di email saya

  12. Assalam tuan,
    Saya ada membuat pembelian rumah dengan second hand. segala dokumen telah di buat dan dihantar ke LPPSA. tp permohonan ditolak. Lawyer minta bayaran. saya tetap kena bayar ke fee tu? Walau permohonan dibatalkan bukan salah saya? mohon pencerahan..

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.