Tips Menjual Rumah

Tips Menjual Rumah

 

Sebelum anda menjual rumah atau hartanah anda, terdapat beberapa perkara yang anda perlu ambil kira. Di dalam artikel ini, saya akan kongsikan sedikit tips mudah bagi melancarkan proses jualan rumah anda. Tips menjual rumah:

  1. Harga yang munasabah. Sebaiknya harga jualan handaklah mengikut harga pasaran. Anda boleh rujuk artikel kenalpasti harga pasaran untuk mengetahui bagaimana mengenalpasti harga pasaran. Seandainya anda ingin menjual dengan harga yang lebih tinggi berbanding harga pasaran, pastikan rumah anda mempunyai kelebihan tersendiri berbanding rumah lain yang berada di dalam pasaran.
  2. Keadaan rumah yang sempurna, bersih dan sejuk mata menandang. Jika perlu, cat semula. Seandainya rumah anda dalam keadaan tidak terurus, sesetengah pembeli akan merasa tidak selesa lebih-lebih lagi pembeli yang hendak membeli untuk kediaman sendiri. Malah, kemungkinan besar anda terpaksa mengurangkan harga dalam amaun yang lebih besar berbanding anda mengambil inisiatif membaiki atau membersihkannya sendiri.
  3. Pastikan rumah anda diiklankan secara ‘Online’. Jika anda melantik ejen hartanah berdaftar, anda boleh semak sama ada rumah anda sudah diiklankan atau belum. Ejen hartanah kebiasaannya mempunyai akaun pada website berbayar yang boleh menarik lebih ramai pembeli. Untuk pasaran hartanah di bawah harga RM 2 juta, medium pemasaran ‘online’ sangat berkesan.
  4. Letakkan ‘Banner’ Untuk dijual atau ‘For Sale’ di presmis yang hendak dijual. Dengan langkah mudah ini, kawasan kejiranan anda akan tahu. Jika bernasib baik, jiran anda mempunyai rakan atau saudara yang sedang mencari.
  5. Rujuk ejen hartanah yang mempunyai pengalaman menguruskan jual beli di kawasan anda. Mereka pasti mempunyai maklumat yang lengkap mengenai harga pasaran, sewaan, trend jual beli di kawasan tersebut serta proses jual beli yang lengkap (kadangkala melibatkan urusan dengan pemaju). Lebih menguntungkan seandainya ejen hartanah tersebut mempunyai pembeli yang sedia ada.
  6. Pastikan penyewa (jika ada) diberitahu lebih awal dan minta mereka memberi kerjasama. Sering berlaku pihak penyewa tidak mahu memberi kerjasama mengakibatkan rumah tersebut sukar untuk dilawati oleh bakal pembeli. Seandainya terdapat penyewa yang sukar memberi kerjasama, adalah lebih baik anda mengosongkan hartanah atau kediaman tersebut bagi melancarkan proses jualbeli.
About Mohd Faiz Ellias 11 Articles
Perunding / Ejen Hartanah Senior Berdaftar (REN 04003) di True Vest Property Consultant Sdn Bhd [VE(1) 0249]. Sedia membantu anda dalam urusan Jual beli / sewaan hartanah di Bangi, Kajang, Semenyih, Cheras dan kawasan sekitar. Urusan pinjaman serta guaman turut disediakan. Hubungi Faiz 013-308 3063 segera untuk khidmat nasihat berkenaan hartanah secara PERCUMA!!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.