Tips Sewa Rumah

 

Tips Sewa Rumah

 

Seandainya anda seorang pelabur hartanah, sudah pasti anda akan berhadapan dengan pelbagai karenah penyewa. Seringkali berlaku penyewa lari, lewat bayar dan sebagainya. Di sini, saya ingin kongsikan beberapa tips untuk menyewakan rumah anda.

1) Perjanjian Sewaan (Tenancy agreement)
Pastikan anda membuat perjanjian sewaaan dan dapatkan pengesahan (stamping). Seandainya nada tiada masa menyediakan perjanjian ini, minta bantuan dari mana-mana Ejen Hartanah Berdaftar. Perjanjian sewaan ini seandainya pihak penyewa melanggar peraturan atau melakukan sesuatu ke atas rumah/hartanah anda. Anda boleh mendakwa atau mengambil tindakan ke atas penyewa berdasarkan perjanjian ini. Perjanjian sewaan juga boleh mengurangkan komitmen anda seandainya anda ingin membuat pinjaman lain, malah jika nilai sewaan lebih tinggi daripada bayaran bulanan (installment) anda, ia boelh dikira sebagai income. Perjanjian sewaan biasanya dibuat untuk tempoh setahun atau 2 tahun. Sekiranya rumah anda disewakan dalam keadaan Fully Furnished, pastikan terdapat senarai perabot/barangan yang dibekalkan.

2) Deposit 2 bulan
Pastikan anda mendapatkan Deposit 2 bulan sewa. Deposit ini penting sekiranya penyewa bertindak melarikan diri mahupun ‘liat’ membayar sewa rumah. Deposit 2 bulan diperlukan kerana, sekiranya penyewa lewat membayar sewa untuk sebulan, anda boleh memberi amaran. Seterusnya jika sudah masuk bulan ke-2 sewaan tidak dibayar, anda sudah boleh memberi notis untuk keluar. Seandainya nada menyewakan rumah/hartanah anda kepada kawan, kenalan atau saudara terdekat pastikan anda memegang deposit sekurang-kurangnya 1 bulan sewa sebagai sekuriti.

3) Deposit Api Air (utilities)
Kebiasaannya deposit utilities diamabil separuh (1/2) dari sewa bulanan. Deposit ini penting sekiranya berlaku tunggakan yang banyak ketika penyewa tamatkontrak atau lari begitu sahaja.

4) Jenis sewaan

  • Fully Furnished/Partly Furnished: Anda perlu menyediakan kelengkapan seperti mesin basuh, dapur, katil, tilam, almari, sofa, televisyen, peti ais, meja makan dan laian. Sudah pasti kadar sewaan tinggi, namun anda perlu berhadapan risiko kerosakan barangan yang disediakan (kos penyelenggaraan).
  • Basic: Sewakan sahaja dalam keadaan kosong. Kadar sewaan rendah, namun anda tidak perlu mengeluarkan kos tambahan. Anda juga boleh melantik atau pajak kepada subletter untuk mencari penyewa bagi rumah anda.
  • Homestay: Anda boleh mengambil alternatif lain menjadikan rumah anda sebagai homestay. Anda perlu menyediakan segala kelengkapan dan sewakan mengikut hari atau tempoh masa yang singkat. Anda boleh uruskan homestay anda sendiri atau lantik mana-mana syarikat untuk menguruskan homestay anda.

5) Kenali penyewa anda: 

  • Kemampuan penyewa membayar sewa. Sebaiknya pilihnya penyewa yang mempunyai sumber pendapatan tetap. Anda juga berhak mendapat info tentang sumber pendapatan bakal penyewa anda.
  • Latar Belakang dan asal usul penyewa – Kaji latar belakang penyewa. Jika dia seorang warga asing, kajilah company dimana beliau bekerja. Anda berhak memilih dan menolak mana-mana penyewa yang anda fikirkan tidak sesuai. Dalam proses ini anda mungkin perlu mendapat bantuan Ejen Hartanah Berdaftar yang lebih berpengalaman.
About Mohd Faiz Ellias 11 Articles
Perunding / Ejen Hartanah Senior Berdaftar (REN 04003) di DRMI Property Consultant [VE(3) 0369]. Sedia membantu anda dalam urusan Jual beli / sewaan hartanah di Bangi, Kajang, Semenyih, Cheras dan kawasan sekitar. Urusan pinjaman serta guaman turut disediakan. Hubungi Faiz 013-308 3063 segera untuk khidmat nasihat berkenaan hartanah secara PERCUMA!!

3 Comments

  1. salam

    saya nak tanya apakah langkah berhati-hati yg perlu saya ambil ketika berurusan dengan agent sewa rumah, terutama agent yg menawarkan perkhidmatan sewa rumah di mudah.my. saya adalah penyewa yang sedang ingin mencari rumah sewa. terima kasih.

    • Wslm. Pastikan ada hitam putih/letter offer semasa membayar deposit utk elakkan deposit hangus. Condition rumah pula telah dipersetujui (semifurnish, basic, fully furnish @ ada yg kna repair dahulu). Selain itu, jgn lupa mintak name card agent.

1 Trackback / Pingback

  1. TIPS SEWA RUMAH | CoachHartanah.com

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.