
Faktor Pemilihan Hartanah
Sebelum membeli sesuatu hartanah, sudah ada beberapa faktor yang menjadi pendorong untuk si pembeli memilih hartanah yang dipilih. Berikut adalah faktor-faktornya:
- Pertama ialah lokasi yang betul dan terbaik adalah perkara yang amat penting bila ingin membeli rumah atau hartanah.
- Kedua ialah bajet, Kalau selera besar dan pendapatan mencukupi, bolehlah teruskan membuat keputusan. Jika tidak, mungkin perlu pertimbangkan lokasi lain yang bertepatan dengan bajet kita.
- Ketiga ialah konsep rekabentuk (design concept) bangunan. Konsep moden, urban-living dan sebagainya kini semakin menarik minat pembeli. Bukan sahaja rekabentuknya nampak segar dan menarik, ia juga menitikberatkan ruang dalaman yang praktikal dan cantik. Harga rumah akan jadi berbeza (lebih tinggi) bila menggunakan design yang menarik walaupun kos binaan hampir sama sahaja untuk design-design yang outdated.
- Keempat ialah faktor keselamatan (security). Memandangkan kes kecurian dan pecah rumah semakin meningkat dan membimbangkan, terutama bila melibatkan korban nyawa, projek perumahan yang dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan seperti pos pengawal, CCTV dan sebagainya akan menjadi pilihan, walaupun harganya lebih tinggi.
- Kelima ialah faktor gaya hidup (lifestyle). Gaya hidup pembeli juga mempengaruhi jenis property yang ingin mereka beli. Bagi pembeli yang mementingkan privacy dan bercita rasa tinggi, mungkin kondominium mewah menjadi pilihan mereka. Bagi yang suka bermasyarakat, mungkin landed property (Teres, Semi-D, Banglo) akan menjadi kegemaran mereka. Ada yang sanggup membayar lebih demi untuk menyesuaikan gaya hidup mereka dengan jenis kediaman yang mereka ingin miliki.
- Keenam ialah faktor persekitaran (environment). Pembeli hari ini juga mengambil kira faktor persekitaran perumahan yang bakal mereka diami. Jika keadaan persekitarannya nampak selamat dan teratur, chances untuk property tersebut menjadi pilihan adalah lebih tinggi.
- Ketujuh ialah komuniti (kejiranan). Faktor komuniti setempat juga banyak mempengaruhi keputusan untuk membeli sesebuah property. Jika kejiranannya sihat, potensi permintaan terhadap property di kawasan itu juga akan meningkat. Lihat saja contoh komuniti di Shah Alam, Taman Tun Dr Ismail, Subang Jaya, Damansara, Bandar Baru Bangi dan sebagainya, semuanya bermula dari komuniti yang dicetuskan dari projek pembangunan yang sistematik.
- Kelapan ialah faktor kemudahan prasarana (amenities). Hartanah yang mempunyai prasarana yang serba lengkap seperti kedai, sekolah, bank, pejabat pos, masjid, stesen minyak, restoran, pasaraya, ruang perniagaan, bangunan komersil dan sebagainya akan mendapat sambutan lebih tinggi berbanding kawasan yang mempunyai kemudahan yang sedikit.
- Kesembilan ialah faktor jalanraya dan pengangkutan (accessibility). Property yang mempunyai jalinan jalanraya (dan lebuhraya) yang baik, lebih menarik perhatian. Jika kawasan tersebut dekat dengan kemudahan public transport seperti LRT, komuter, teksi dan bas, potensinya akan menjadi lebih baik.
Walaubagaimanapun, anda perlu membuat buat survey dan perbandingan terlebih dahulu mengikut keupayaan dan risiko yang sanggup diambil oleh diri masing-masing. Adakalanya, kita akan ambik masa beberapa tahun sebelum dapat memiliki sebuah Hartanah idaman. Begitu juga, ada yang mengambil masa yang singkat sahaja untuk membeli Hartanah bergantung pada rezeki dan nasib masing-masing.
Apa pun yang ingin kita buat bila ianya melibatkan wang, perlu ada analisa dan perkiraan yang wajar supaya pulangan (reward) yang diharapkan akan tercapai, dan penat lelah yang dihabiskan berbaloi.
Pingback:FAKTOR PEMILIHAN HARTANAH | CoachHartanah.com