Kelebihan Menggunakan Ejen Hartanah Berdaftar

Kelebihan Menggunakan Ejen Hartanah Berdaftar

Kenapa PERLU  menggunakan ejen hartanah berdaftar?

1) Mengelakkan Penipuan
– Semenjak Mei 2014, ejen hartanah Berdaftar wajib berdaftar dengan Lembaga Penilai Pentaksir dan Ejen Hartanah di mana mereka dibekalkan dengan ID unik berserta Tag.
– Setiap ejen Hartanah Berdaftar mesti bernaung di bawah Agensi Hartanah & wajib menghadiri Seminar Pendaftaran Ejen Hartanah
– Sekiranya berlaku sebarang salaah laku, anda seharusnya mempunyai maklumat agen tersebut untuk di bawa ke muka pengadilan
– Deposit Pembeli akan di simpan ke dalam Akaun Pelanggan Agensi Hartanah sebagai Pemegang Amanah bagi memastikan tiada penyelewengan

 

2) Melancarkan Proses Jual Beli/Sewaan
– Urusan jual-beli tidak mudah. Seorang ejen hartanah mempunyai pengetahuan berkenaan dokumen yang diperlukan dan boleh menyediakan semuanya dengan teliti dan betul.
– Ejen hartanah akan memastikan setiap proses bermula dari pinjaman, dokumentasi sehingga selesai proses jual beli berjalan dengan lancar.
– Urusan sewaan juga kadangkala agak rumit. Jadi, tugas ejen hartanah adalah memastikan perjanjian sewa beli dan urusan berjumpa bakal penyewa berjalan lancar.

3) Kemahiran
– Dalam proses jual beli, penting untuk kita mengetahui harga pasaran semasa, kelayakan seseorang pembeli, prosedur jual beli dan banyak lagi. Kesemua kemahiran ini ada pada ejen hartanah.
– Seseorang ejen hartanah juga tahu mengetahui pasaran semasa sesuatu kawasan. Mereka akan melihat kepada aspek permintaan dan tawaran, keadaan pasaran terkini, lokasi, jenis rumah seperti adakah bilangan bilik sesuai dengan harga tawaran.
– Mereka juga boleh membuat rundingan harga yang boleh menjimatkan ribuan ringgit. Ejen mempunyai akses kepada maklumat seperti nilai rumah di kawasan itu, purata harga jualan dan berapa hari rumah sudah berada di pasaran untuk dijual.
– Dengan melantik ejen hartanah, pastinya akan menjimatkan masa pihak penjual dalam mengenalpasti potensi pembeli.

4) Jaringan hartanah yang luas
– Ejen hartanah boleh mengesyorkan pihak yang pakar di dalam setiap prosedur jual beli rumah seperti:
i) Pegawai Bank – melancarkan proses pinjaman pembeli
ii) Penilai – memastikan harga di dalam nilai pasaran
iii)Peguam yang baik – sangat penting bagi proses dokumentasi serta urusan pindah milik sesuatu hartanah
iv) Senarai pembeli sedia ada

4 Comments

  1. Hamsa

    bagaimanakah untuk kita mengenalpasti kesahihan seseorg itu adalah agen hartanah yg sah n berdaftar?Perlu rujuk mana2 agensi mana?laman web mana?

    • HartanahBangi

      Boleh semak di Laman Web http://www.lppeh.gov.my/
      Boleh semak menggunakan No REN/PEA atau No Pendaftaran syarikat

  2. Suhyme Mohamad Sulaiman

    salam…saya ingin menjadi ejen mejual rumah bagi pihak keluarga saya berjumlah 5 unit yg telah pun siap ( JV project)..adakah saya perlu menjadi ejen berdaftar? apakah caranya sekiranya saya ingin menjadi ejen utk keluarga saya?tq

    • HartanahBangi

      Assalam, rumah lokasi di mana? Sebaiknya daftar sebagai ejen hartanah.
      Lebih mudah, lantik je ejen hartanah yang sudah mahir di kawasan tuan, biasanya ejen akan bagi refferal.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge