Tips Pembayaran Booking Rumah

Tips Pembayaran Booking Rumah

Pembayaran Booking Rumah yang Selamat
Dalam topik Proses Jual Beli Rumah sebelum ini, saya telah bincangkan proses ringkas pembelian rumah bermula dari pembayaran booking sehingga mendapat kunci. Kali ini saya akan menjurus kepada tajuk yang lebih spesifik iaitu Booking. Perkara pertama yang perlu dilakukan pembeli jika ingin membeli rumah. Bagaimana memastikan pembayaran booking selamat? Bagaimana mengelakkan duit booking hangus? insyaAllah saya akan berkongsi beberapa tips. Semoga bermanfaat.

Cara Pembayaran Booking (3%)

Jika anda berurusan dengan Ejen Hartanah, pastikan Ejen hartanah tersebut berdaftar. Booking kemudian hendaklah dibayar ke dalam ‘client account’ agensi Ejen tersebut benaung. Agensi tersebut berperanan sebagai pemegang amanah. Anda boleh mengambil tindakan terhadap agensi sekiranya berlaku sebarang penyelewengan. Booking boleh dibuat menggunakan cek, perpindahan kepada akaun agensi secara online ataupun melalui mesin ATM atau memasukkan cash melalui mesin deposit tunai (CDM). Pastikan anda menyimpan segala bukti pembayaran.

Perjanjian

  • Sebelum anda membayar booking, pastikan ada perjanjian antara anda dan penjual atau lebih dikenali sebagai Letter of Offer To Purchase (LOF).
  • Pastikan di dalam LOF terdapat maklumat tersebut:
    1. Tandatangan penjual dan pembeli serta saksi.
    2. Amaun booking yang dibayar
    3. Alamat penuh Hartanah
    4. Harga Beli yang telah dipersetujui
  • Di dalam LOF juga terdapat beberapa syarat yang perlu dipatuhi oleh penjual dan pembeli. Antaranya tempoh di antara tarikh booking dan tarikh menandatangai perjanjian Jual Beli (SPA) iaitu 14 atau 21 hari bekerja.
  • Seandainya berlaku penarikan diri daripada pihak pembeli atau gagal menandatangani SPA tempoh 14 atau 21 hari tanpa sebab yang munasabah, duit booking akan hangus.
  • Bagi pihak penjual pula, sendainya berlaku penarikan diri tanpa sebab munasabah, pihak penjual wajib mengeluarkan sejumlah amaun yang sama dengan amaun booking sebagai gantirugi.
  • Anda juga boleh menambah syarat di dalam LOF seperti ‘rumah ini dibeli dengan keadaan sedia ada’, ‘rumah ini dibeli dalam keadaan lengkap denagn perabot (nyatakan)’ atau lain-lain syarat yang dipersetujui bersama pihak penjual.

Penting

  1. Elakkan memberi wang deposit secara tunai atau bank in terus ke akaun perseorangan. Cara ini amat berisiko untuk kehilangan wang deposit.
  2. Sebaiknya sediakan dokumen pinjaman sebelum booking bagi memastikan tempoh menandatangani SPA dapat dipatuhi.

7 Comments

  1. Norayenni

    Salam..bole tlg semak sama ada saya layak untuk pinjaman perumahan dlm 300k..
    Gaji bersih=3100
    Allowance=200
    Car loan=560

    • HartanahBangi

      Wslm. InsyaAllah boleh layak bergantung kepada corak bayaran komitmen sedia ada serta corak perbelanjaan (baki simpanan setiap bulan).

  2. zulhusni

    saya nak tanya.. sy kerja makan gaji.. rm4000 sbln. tiada terikat mana2 pinjaman.. tp baki di bank mmg licin tiap2 bulan.blanja mkn.. layak jgk ke utk pinjaman perumahan dlm rm250k?

    • HartanahBangi

      Biasanya sukar utk dapat pinjaman. Kalau lulus pun maybe bukan 90%.
      Cuba wujudkan rekod (plg mudah ASB loan @ credit card). Simpan tinggalkan sedikit baki bank. Consistent utk 6 bulan, insyaAllah mudah dapat loan.

  3. soo

    salam.. duit booking 3% tu, katakanlah loan tak lepas boleh dpt balik ke..

    • HartanahBangi

      Wslm. Bergantung kepada persetujuan penjual dan pembeli di dalam booking form/LOF/OTP. Sekiranya loan reject dalam tempoh yang dipersetujui (cth 14 hari @ 21 hari) pihak pembeli berhak mendapat balik semua 3% deposit. Sebaliknya jika melebihi tempoh tersebut, 3% tersebut akan forfeited bergantung atas budi bicara penjual.

  4. lili

    salam. nak tau siapa yg prepare LOF tu ye? pembeli ke penjual or peguam buyer? thanks.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge