
Tips Beli Rumah Dari Pemaju
Tips Beli Rumah Dari Pemaju
Saban hari kita kan melihat pelbagai iklan & pakej yang ditawarkan pemaju mengenai projek perumahan, namun pembelian rumah di bawah pemaju ini agak rumit memandangkan rumah masih belum didirikan. Kali ini saya akan kongsikan beberapa tips untuk membeli rumah daripada pemaju atau lebih dikenai sebagai under construction.
1) Semak latar belakang pemaju
- Penting untuk anda semak latar belakang pemaju tersebut. Anda boleh semak berkenaan pemaju di http://www.kpkt.gov.my/.
- Anda boleh semak sama ada pemaju tersebut sudah disenarai hitam, terlibat dengan projek sakit ataupun terlibat dengan projek terbengkalai.
- Penting untuk semak memandangkan pemaju ini kadangkala mengambil kesempatan dengan menawarkan pakej yang murah dan sebagainya.
- Semak juga projek-projek terdahulu oleh pemaju. Jika anda mempunyai masa, boleh minta pendapat dari mereka yang sudah mendiami perumahan dari pemaju yang sama,
- Anda juga perlu mengambil tahu latar belakang projek yang hendak anda beli seperti bila tarikh mula, tarikh tamat, permit, rekabentuk rumah/hartanah, panel bank dan lain-lain.
2) Pakej yang ditawarkan. Terdapat pelbagai pakej yang ditawarkan. Antaranya:
- Deposit rendah
- Early birds diskaun
- Diskaun bumiputra
- Percuma bayaran guaman SPA, MOT dan penjanjian pinjaman
- Percuma diskaun maintenance untuk tempoh setahun (apartment / gated guarded)
- Guaranteed return
- Pakej partly furnish / fully furnish
Pakej dari pemaju merupakan perkara paling penting untuk membeli rumah atau hartanah dari pemaju. Walaupun terdapat banyak pakej yang ditawarkan oleh pemaju, namun anda harus berhari-hati kerana kadangkala pakej tersebut hanya untuk tujuan pemasaran. Sebaiknya pastikan ada perjanjian bertulis untuk pakej yang ditawarkan.
3) Lokasi
- Untuk kediaman sendiri – berhampiran tempat kerja, kemudahan, sekolah, access
- Pelabuarn – berhampiran kolej, universiti, kemudahan, kadar sewa tinggi
4) Harga
- Harga yang munasabah dan berbaloi dengan kemampuan
- Semak kelayakan anda terlebih dahulu. Kadangkala sesetengah pemaju menawarkan booking yang rendah namun memulangkannya seandainya loan tidak lulus.
Rexi
Sy nk bertny..
Gj kasar sy..rm2300
Blnn byr mtor rm250
Loan 250
Layak x sy nk buat loan tuk rumah..