
Tanggungjawab Penyewa Kepada Rumah Dan Tuan Rumah
Sebelum menyewa rumah, Anda wajib mengetahui terlebih dahulu mengenai tanggungjawab Anda sebagai penyewa, agar menghindari masalah serta hal – hal yang mungkin timbul ke pada masa hadapan yang merugikan kedua pihak.
Isi Kandungan perjanjian sewaan seharusnya menjadi kewajipan bagi Anda yang ingin menyewa rumah. Ini karena perjanjian sewaan tersebut dapat menjadi pegangan Anda selama tinggal di unit sewaan. Sebarang persetujuan dalam surat perjanjian itu menjamin Anda dari sikap sambal lewa pemilik rumah.
Sebagai penyewa yang bijak Anda sebaiknya mengetahui terlebih dahulu mengenai tanggungjawab anda Dengan mengetahui etika-etika tersebut, Anda lebih bersedia untuk menandatangani perjanjian sewaan. Hal ini juga guna menghindari Anda dari masalah yang mungkin saja timbul pada masa hadapan akibat salah anda sendiri yang tidak mengambilkira isi perjanjian sewaan.
Berikut adalah hak tanggungjawab anda sebagai penyewa pada rumah dan tuan rumah.
• Penyewa dikehendaki membayar kepada Tuan Rumah sejumlah Cengkeram (Sewa 2 bulan + Deposit Utiliti) serta merta dengan perlaksanaan perjanjian dimana Tuan Rumah mengakui penerimaannya .
• Bertanggungjawab membayar segala bil-bil air, elektrik ,telefon dan bil2 lain (Contoh IWK) yang dikenakan pada Rumah tersebut semasa penyewaan ini berjalan.
• Penyewa bertanggungjawab secara peribadi dan/atau bersama untuk membayar bayaran sewa sebelum atau pada tarikh sewa wajib dibayar.
• Tidak menyewakan atau menyerahkan samada secara keseluruhan dan/atau sebahagian dari ruang rumah tersebut kepada orang lain tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran dari Tuan Rumah.
• Tidak membenarkan dan /atau melaksanakan apa-apa perubahan bentuk dan/atau perubahan tambahan samada di bahagian luar atau bahagian dalam Rumah tersebut walau dengan apa cara sekali pun tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis dari Tuan Rumah.
• Tidak akan menyimpan dan/atau membiak sebarang haiwan di dalam kawasan Rumah dan/atau dimana sahaja dalam Rumah tersebut kecual mendapat kebenaran tuan rumah terlebih dahulu.
• Tidak membawa dan/atau menyimpan di dalam Rumah apa jua jenis senjata, bahan letupan, bahan beracun dan/atau bahan merbahaya yang mudah meletup dan/atau yang mudah terbakar kecuali setelah memenuhi tuntutan undang-undang dan mendapat kebenaran dari pihak berkuasa berkenaan dan persetujuan Tuan Rumah.
• Menjaga dan mempastikan keadaan di dalam Rumah tersebut sepanjang tempoh penyewaan ini supaya sentiasa berada didalam keadaan baik dan boleh diduduki (susutan biasa samaada kerosakan oleh api, ribut taufan atau lain-lain bencana alam dikecualikan).
• Tidak membenarkan atau memberi kebenaran bagi apa jua perkara yang melanggar undang-undang, undang-undang kecil atau peraturan kerajaan atau mana-mana pihak berkuasa yang lain yang melibatkan Rumah berkenaan.
• Tidak melakukan dan/atau membenarkan sesiapa sahaja melakukan apa saja perbuatan sumbang atau salah laku atau sebarang perbuatan yang menyalahi undang-undang di Rumah tersebut yang mana ianya boleh menganggu suasana atau ketenteraman atau rasa tidak senang penduduk di kawasan tersebut.
• Penyewa hendaklah menyelesaikan sebarang pertelingkahan dengan jiran secara aman dan bertanggungjawab.
• Membenarkan Tuan Rumah atau wakil yang telah diberikan kuasa olehnya atau pekerja-pekerja yang di upah pada bila-bila masa sahaja yang munasabah memasuki Rumah tersebut untuk membuat pemeriksaan atau pembaikkan kepada rumah tersebut ,
• Bertanggungjawab membaiki sebarang kerosakan yang disebabkan oleh penyewa atau pekerja-pekerja yang diupah penyewa atau pelawat dengan kebenaran Penyewa kepada kawasan bangunan, longkang ataupun lain-lain bahagian yang berkenaan atau membayar balik kepada Tuan Rumah semua perbelanjaan yang dibelanjakan bagi membaiki kerosakan itu yang disebabkan oleh penyewa.
• Penyewa bersetuju untuk menyewa Rumah tersebut dalam keadaan baik dan bersih yang sedia ada. Penyewa juga bersetuju untuk menyerahkan kembali Rumah tersebut dalam keadaan sama atau lebih baik kepada Tuan Rumah dan menanggung bayaran membersih jika Tuan Rumah mengupah orang untuk membersihkannya apabila tempoh perjanjian penyewaan ini tamat ataupun ditamatkan mengikut syarat-syarat yang terkandung dalam dalam perjanjian.